Friday, March 13, 2015

Blog baru..

Assalamualaikum..

 Hey dollz!! memuler biar Che'Ra bagitahu bahawa yang ni bukan blog Pertama Che'Ra. Che'Ra ada beberapa blog yang berlainan sifatnyer. Hehehe.. Semua bergantung pada jiwa Che'Ra pada ketika itu hew hew hew.. sebab Che'Ra perasan dalam hidup Che'Ra ni ada chapter macam buku novel tu. Di setiap chapter pulak, Che'Ra umpama orang yang berbeza.. seram kan? tapi itulah yang Che'Ra rasa.. Cuma dalam banyak banyak chapter tu hanya ada satu jer persamaan yang menunjukkan ia adalah orang yang sama iaitu ketigasukuannya dalam menyampaikan kisah.. tak kiralah apa pon kisahnyer.. hahaha.. sungguh Che'Ra tak reti nak luahkan perasaan dengan cara sedu sedan.. kalau dengan cara sedu sedak tu mungkin.. pastu semput. hahaha.

 Oklah.. this is good enough for the beginning of a new blog. Harap boleh istiqamah.. semoga blog Che'Ra ni menjadi salah satu kerja ibadah untuk Che'Ra, sungguh Allah tu maha pengasih dan maha kaya.

 Ops.. sebelum terlupa kalaulah baca blog Che'Ra ni mungkin kengkadang tulis bahasa Melayu, kengkadang bahasa Inggeris Che'Ra nak mintak maaf awal awal lah yer. Sebab Che'Ra mengaku Che'Ra memang menghadapi masalah language disorder.. ni semua sebab orang tua tua masa Che'Ra kecik kecik dulu tak leh nak decide nak suh Che'Ra belajar bahasa apa.. habis semua bahasa Che'Ra kena belajar. Pastu semua orang faham semua bahasa. Oleh sebab itulah Che'Ra bermasaalah dalam memilih bahasa perantaraan bila bercakap. So jangan salah faham bukan tak sayang bahasa melayu, tapi melayu pon pandai cakap pelbagai bahasa. Jangan pandang enteng pada melayu yer, most of them are multilingual.. hehehe.. (tapi bahasa kantonis Che'Ra agak rusty sebab tak ada geng nak practis sekarang. Bahasa Mandarin still working on it sebab Che'Ra masalah sikit dalam mengenal pasti ada berapa patah perkataan dalam satu satu ayat yang digunakan.. huhuhu) Tapi jangan salah faham tau, walaupon Che'Ra menggunakan pelbagai bahasa tak bererti Che'Ra terrer sangat dengan semua bahasa bahasa tersebut. Tapi cukup untuk membuatkan orang-orang tertentu faham dan yang lain wallahualam... ahaks.

  Oklah.. cukup cukup.. Che'Ra ni tengah excited ni pasal blog ni.. Macam banyak pulak yang Che'Ra nak kongsikan tapi tak apa… Nanti Che'Ra buat karangan leklok biar lagi tenang orang yang membacanya okeyh.. apa apa pon spread the love to the world ya!! Semoga bertemu dengan Sang Pencinta sejati.

  Muax3. ... XOXOXO

No comments:

Post a Comment